Taklimat UPU, Bantuan Pendidikan MARA & Taklimat Perkhidmatan Pintar NADI
11 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniAlhamdulillah, selesai sudah Program Taklimat UPU, Bantuan Pendidikan MARA dan Taklimat Perkhidmatan Pintar NADI. Jutaan terima kasih kepada pihak GPMS Bukit Gantang kerana sudi bekerjasama dengan NADI Pekan Changkat Jering bagi menjayakan program ini.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM tentang halatuju selepas SPM, bagaimana mengisi borang UPU secara online dan panduan memilih jurusan yang sesuai mengikut kelulusan SPM. Selain itu, NADI Pekan Changkat Jering juga turut memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan SPM tentang program-program di NADI yang boleh disertai oleh mereka sebagai contoh Program Ikon Usahawan, Program NADI E- SUKAN, Program Mahir dan Program Cybersecurity.
Program ini telah dihadiri seramai 20 orang pelajar lepasan SPM sekitar Bukit Gantang dan Changkat Jering. Semoga perkongsian daripada program ini dapat memberikan manfaat buat para pelajar.
Akhir kata, Jutaan terima kasih kepada YDP GPMS Bukit Gantang, Cik Fazlina bin Ghaffaruddin kerana memilih Nadi Pekan Changkat Jering berkolaborasi bersama. Kita akan berkolaborasi bersama lagi di masa akan datang untuk program-program yang lebih hebat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: